Saturday 7 April 2012

Ular Sawa Darah

             Ular sawa darah 

Ular sawa darah ( blood python ) adalah sejenis ular yang besar yang terdapat di Asia Tenggara. Pada purata, panjangnya seekor ular dewasa 1.5 meter (5 kaki), tetapi ia lebih berat daripada ular sawa yang biasa kerana ia lebih tebal. Ular sawa jarang bergerak dan menangkap makanan dengan menjerut. 

Pembiakan

 Ular sawa darah bertelur dalam tompokan sehingga 30 biji pada setiap kali. Ia akan melingkari tompokan telur sehingga kesemua telur menetas. Oleh kerana ular sawa adalah poikiloterma dan tidak mampu mengawal suhu dalaman mereka, ia tidak dapat mengeram telur.

 

Ciri-ciri pemangsa dan tingkah-laku 

Ular sawa darah makan burung dan mamalia. Habitatnya biasa di hutan hujan dan paya. Kebanyakan ular ini mempunyai organ pengesan haba pada bibir mereka. Ini membolehkan mereka mengesan objek yang lebih panas berbanding suhu keliling. Ular sawa yang tidak mempunyai organ pengesan haba mengenal pasti mangsa mereka melalui bau. Ular ini merupakan pemangsa hendap: ia biasanya kekal dalam kedudukan menyamar dan menyerang hendap mangsa yang lalu. Ia kemudiannya mengigit mangsa dan membunuh dengan membelit. Kematian mangsa biasanya diakibatkan oleh gagal bernafas atau kegagalan jantung dan bukannya akibat remuk.
Ular sawa biasanya tidak menyerang manusia kecuali terkejut atau diganggu, walaupun ular sawa betina yang melindungi telur boleh menjadi agresif.



                                 Ular Kapak    

 

 Ular Kapak merupakan sejenis ular berbisa dari keluarga Viperidae. Di Malaysia, jenis ular yang tergolong dalam keluarga ini adalah semua jenis ular kapak. Ular Kapak Bodoh, Ular Kapak Sumatra, Ular Kapak Gunung, Ular Kapak Tokong, Ular Kapak Hidung Pipeh, Ular Kapak Bakau, Ular kapak Hijau. Ular dari keluarga Viperidae ini amat mudah dikenali berdasarkan kepalanya yang seakan-akan bentuk segi tiga. Di antara mata dan lubang hidungnya terdapat lubang (pit) yang berfungsi sebagai deria pengesan haba yang amat sensitif kepada haiwan berdarah panas.

Kelenjar racun ular ini terletak di kedua belah pipinya. Bisa daripada ular jenis ini adalah dari jenis racun darah (haemotoksin) dan racun sel (sitolitik) yang biasanya bertindak terhadap sistem saluran darah dan tisu yang menyebabkan berlakunya pendarahan pada mangsa sama ada di dalam atau luar tubuh.

Gigitan ular ini adalah sakit dan akan menjadi bengkak. Sebagaimana keluarga Elapidae, keparahan mangsa gigitan ular ini juga bergantung kepada jumlah racun yang disuntikkan ke tubuhnya dan juga jenis ular yang menggigit.

Mangsa gigitan ular jenis ini biasanya akan mengalami pendarahan kesan daripada luka yang berlaku pada saluran darah dan pencairan darah merah yang mana darah sukar untuk membeku. Pendarahan akan merebak serta-merta dan ia akan berterusan selama beberapa hari. Pendarahan pada gusi, muntah darah, ludah atau batuk berdarah dan air kencing berdarah adalah kesan nyata bagi keracunan bisa ular dari keluarga ini. Walaupun tragedi kematian adalah jarang, kehilangan darah yang banyak akan mengancam nyawa mangsa.

Biasanya, ular kapak akan menggetarkan ekornya apabila didekati ataupun diusik. Ekornya yang bergetar itu apabila terkena kepada rumput atau daun-daun kering akan menghasilkan bunyi yang memberi amaran bahawa ia tidak suka diganggu dan akan mematuk pada bila-bila masa sahaja.



                              Ular Tedung Selar




 Ular Tedung Selar (Ophiophagus hannah) adalah ular berbisa dalam keluarga Elapidae. Ia merupakan ahli tunggal genus Ophiophagus.
Ular Tedung Selar adalah ular berbisa terbesar di dunia. Ia mampu mencapai panjang sehingga 5.58 meter (18.3 kaki.), walaupun saiz biasa adalah sekitar 2.5 meter (8 kaki.); dan mampu mencapai berat sehingga 10 kilogram (22 paun). Ular Tedung Selar mempunyai warna kulit hitam, kehijauan atau coklat, seringkali dengan garis bewarna putih atau kuning; semasa ular kecil garis ini lebih jelas kelihatan. Ia berasal di Asia Tenggara, mendiami hutan Malaysia, India, dan Filipina, tatapi tidak terdapat di Sri Lanka. Makanan utamanya adalah ular lain, tetapi sekiranya terdesak, ia akan memburu haiwan bertulang belakang (vertebrates) kecil lain. Ular Tedung Selar hanya memburu pada waktu siang, menggunakan matanya, dan dengan itu dikelaskan sebagai diurnal. DIsebabkan ia tidak mempunyai gigi kacip, ia menelan mangsanya lengkap sebagaimana ular lain.
Ular Tedung Selar adalah sebahagian kecil ular yang membina sarang dan bertelur dan mengeram sehingga hampir menetas. Ular Tedung Selar betina membina sarangnya dangan mengumpulkan daun buluh kering di atas tanah dan mengais dengan tubuhnya yang besar. Walaupun ramai orang yang menyatakan bahawa tidak ada yang lebih ganas berbanding ular Tedung Selar yang menjaga sarangnya, ia hanyalah cerita nenek tua (old wives tale), dan dengan sedikit dorongan ia akan meninggalkan kawasan sarangnya. Ia bertelur antara 20 hingga 40 biji telur semasa musim panas, dua bulan selepas mengawan; telur-telur itu kan menetas dalam tempoh 60 hingga 80 hari. Anak ular Tedung Selar sekitar 45 hingga 50 sentimeter panjang, dan bertanda dengan belang hitam dan putih, dan telah mempunyai bisa yang mampu membunuh. Disebabkan ular Tedung Selar adalah pemakan ular semulajadi, naluri semulajadi menyebabkan ibu ular Tedung Selar untuk meninggalkan sarang sebelum telurnya menetas, bagi menghalangnya memakan anak-anaknya sendiri, terutamanya kerana ia telah berpuasa selama dua bulan. Ular Tedung Selar jantan juga unik kerana ia menjaga sarang sehingga menetas, meronda jauh sekitar kawasan sarang bagi menghapuskan sebarang ancaman.


Ular Tedung Selar dewasa tidak mempunyai musuh semulajadi, walaupun mongoose diketahui menyerang anak ular Tedung Selar dan mencuri telurnya. Bagaimanapun ancaman terbesar adalah daripada kehilangan habitat akibat pencerobohan manusia yang mendorong kepada merosotnya jumlah ular yang menawan ini.
Di Malaysia ular tudung selar yang panjang hampir 4.7 meter, yang berwarna kuning gelap dan berat pada anggaran tujuh kilogram telah ditangkap pada Nov 2005.



8 comments:

  1. Oh, sekarang barulah saya tahu apa itu dan ciri-ciri ular sawa darah. Terima kasih.

    ReplyDelete
  2. Harap dapat memberi sedikit sebanyak pengetahuan tentang ular sawa darah kepada kamu.

    ReplyDelete
  3. masih terdapatkah ular sawa darah di hutan malaysia.? terus terang saya katakan tidak pernah berjumpa ular jenis ini di hutan malaysia.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya masih ada.. sy sudah berumur 35 tahun.. dan inilah pertama kali sy melihat dan tangkap ular sawa darah.. sy akan melepaskannya semula

      Delete
  4. uniknya ular kapak...

    ReplyDelete
  5. Terima kasih atas maklumat berkaitan ular sawa.Saya mohon sedikit lagi info berkaitah ular sawa.Selain mengesan makanan melalui bau(tiada heat pit),adakah ular sawa juga menggunakan mata untuk mencari makan sebab saya ada info yang menyatakan ular saya juga aktif pada waktu malam(malam di dalam hutan mestilah gelap)?

    ReplyDelete
  6. Selamat sejahtera kepada rakan...saya mempunyai seekor ular sawa darah yang baru saya jumpa,ular sawa darah sejenis ular yang agak pendiam dan tidak seperti ular sawa yang lain agak garang dan suka menyerang sekira di acah..

    ReplyDelete
  7. Tedung selar jantan Dan betina berbeza warna kan

    ReplyDelete