Tuesday 3 April 2012

Kitaran Hidup Katak


                         Kitaran Hidup Katak


Peringkat 1
Katak menghasilkan telur di dalam air atau kawasan berair. Telur – telur katak melekat antara satu sama lain membentuk sekelompok telur. Katak bertelur berpuluh - puluh sehingga beratus - ratus biji telur. Ini adalah cara semula jadi untuk memastikan kemandirian hidup spesisnya.

Telur katak dilindungi dan dikelilingi dengan struktur seperti agar agar dan agak licin. Katak betina tidak akan menjaga telur – telurnya selepas bertelur. Telur – telur itu akan berkembang tetapi hanya sedikit yang akan berjaya menetas menjadi katak dewasa. Ini kerana, hidupan lain seperti itik, ikan, serangga lain – lain haiwan akan memakan sebahagian telur tersebut.

 Satu telur akan membahagi kepada dua. Proses ini berterusan membahagi kepada 4 sel, dan seterusnya. Sehingga membahagi menjadi banyak sel.

 Sel yang membahagi akan membentuk embrio. Organ dan insang terbentuk.

Peringkat 2
Berudu

Selepas 21 hari tempoh perkembangan, embrio akan meninggalkan cengkerang agar – agar, dan melekatkan dirinya pada rumpai air di dalam air. Kemudian ia menjadi berudu. Berudu akan membesar sehingga ia berjaya berenang di dalam air Berudu mempunyai ekor yang panjang, dan tinggal di dalam air. Ia mudah mati, dan bergantung kepada keupayaan menyamar untuk melindunginya. Berudu juga terancam dan ia boleh dimakan oleh hidupan air yang lain. Kadangkala berudu mati apabila kolam atau kawasan berair menjadi kering. . Ini mengambil masa 3 hari hingga 3 minggu. Berudu makan tumbuhan air yang kecil yang melekat pada tumbuhan air yang lebih besar. Tumbuhan kecil ini dipanggil alga.


Peringkat 3
Berudu mula berubah

Selepas 5 minggu, berudu mula berubah. Kaki belakang mula terbentuk, diikuti dengan kaki hadapan. Kaki hadapan terbentuk di bahagian belakang kepalanya yang bonjol. Ekor berudu mengecil. Paru – paru mula berkembang, untuk membolehkan katak hidup di darat.

 Pada peringkat ini, berudu akan berenang ke permukaan air untuk bernafas. Ekornya juga membantu ia berenang untuk mendapatkan makanan. Berudu mula makan tumbuh – tumbuhan dan haiwan yang reput.

Peringkat 4
Hampir menjadi katak

Lama – kelamaan, berudu akan mula kelihatan seperti katak. Ia menanggalkan kulit. Mulutnya mula melebar, dan rahangnya mula hilang. Ekor mengecil, dan kaki membesar. Paru – paru semakin menjalankan fungsinya.


Peringkat akhir
Katak

Selepas 11 minggu, ia telah berkembang dengan lengkap, katak yang mempunyai paru – paru, kaki dan tanpa ekor. Ia mula keluar dari air. Katak lebih banyak menghabiskan hidupnya di darat, berbanding di dalam air. Katak yang kecil ini mula memakan serangga dan cacing. Ia akan menjadi katak dewasa dan akan mencari pasangan. Katak betina akan bertelur dan proses ini berulang kembali.




Kitaran Hidup Rama-Rama





Kitaran Hidup Rama-rama

 

 


Telur rama – rama adalah amat kecil, bujur, atau berbentuk silinder, mempunyai sangkar yang amat halus dan lain – lain struktur mikroskopik. Rama – rama betina bertelur pada daun, batang tumbuhan, atau objek – objek yang lain, selalunya pada atau berhampiran sumber makanan untuk beluncas. 
 

Beluncas (larva) adalah panjang, peringkat yang kelihatan seperti cacing. Ia selalunya mempunyai corak - corak jalur atau tompok – tompok yang menarik, dan juga mempunyai rerambut halus seakan – akan duri – duri halus. Ia merupakan peringkat mendapatkan makanan dan tumbesaran. Sepanjang perkembangannya, ia menanggalkan kulitnya empat kali atau lebih untuk membaluti atau menyelaputi badannya yang membesar. 

Pupa (krisalis) adalah peringkat transformasi dalaman yang mana tisu – tisu beluncas mengalami penggantian membentuk struktur serangga dewasa. Warna pupa kebanyakan spesis ialah jingga atau hijau dan ia sama dengan warna persekitaran. 




Peringkat dewasa (atau imago) adalah rama – rama atau kupu - kupu yang berwarna – warni. Ia adalah peringkat reproduktif dan boleh bergerak bagi spesis rama – rama. Peringkat dewasa melalui proses memikat, mengawan dan bertelur. Peringkat rama – rama atau kupu – kupu dewasa juga merupakan peringkat di mana mereka bermigrasi atau mengkoloni sesuatu habitat tertentu.


Peringkat dewasa (atau imago) adalah rama – rama atau kupu - kupu yang berwarna – warni. Ia adalah peringkat reproduktif dan boleh bergerak bagi spesis rama – rama. Peringkat dewasa melalui proses memikat, mengawan dan bertelur. Peringkat rama – rama atau kupu – kupu dewasa juga merupakan peringkat di mana mereka bermigrasi atau mengkoloni sesuatu habitat tertentu.




                                                     Kitaran Hidup Ayam





    Telur : Ayam betina bertelur di dalam sarang. Dalam telur ada embrio. Embrio akan membesar menjadi anak ayam dalam masa 21 hari. Ayam betina perlu memastikan telur – telurnya dipanaskan. Kulit telur yang keras melindungi embrio di dalamnya. Anak ayam mematuk kulit untuk menetas keluar. Ini boleh mengambil masa sehingga satu hari!.

    Anak ayam : Anak ayam berada dalam keadaan lembap apabila ia menetas. Bulunya akan mengering dengan cepat. Anak ayam boleh berjalan selepas ia menetas. Anak ayam makan biji benih, serangga, dan cacing. Bulu anak ayam akan tumbuh dengan lebih banyak dalam masa 4 minggu. Balung ayam akan tumbuh di atas kepala ayam. Anak ayam akan menyerupai induknya sepanjang mereka membesar.

   Ayam dewasa : Anak ayam membesar menjadi ayam dewasa dalam masa enam bulan. Anak ayam betina membesar menjadi ayam betina. Anak ayam jantan membesar menjadi ayam jantan. Ayam betina kemudian akan bertelur.




7 comments:

  1. Kitaran hidup katak ini bagus dan tepat.

    ReplyDelete
  2. Terima kasih atas komen Encik Tan, saya akan mencari lebih banyak maklumat berkenaan dengan kitaran hidup haiwan-haiwan lain.

    ReplyDelete
  3. Cikgu Liew, ada kitaran hidup haiwan yang lain?

    Terima kasih!

    ReplyDelete
  4. Terima kasih saudari Beh, saya telah menambah satu lagi kitaran hidup rama-rama.

    ReplyDelete
  5. Terima kasih, Cikgu Liew!

    ReplyDelete
  6. Terima kasih, saya akan cuba menambah lagi jika terdapat contoh-contoh lain.

    ReplyDelete
  7. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete